Kolej Yayasan Sabah
 

Kolej Yayasan Sabah (KYS) adalah sebuah institusi Pengajian Tinggi Swasta yang ditubuhkan pada tahun 1990 dengan nama asalnya Institut Pembangunan Insan. Nama kolej kemudiannya telah diubah kepada Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) pada 30 Julai 1994.

Pada 4 Januari 2002, Kolej Komuniti Yayasan Sabah telah ditukar namanya kepada Kolej Yayasan Sabah (KYS), ditubuhkan sejajar dengan objektif utama Yayasan Sabah yang termaktub dalam Enakmen Yayasan Sabah No. 8 1966 Seksyen 3 iaitu memberi penekanan terhadap kemajuan pendidikan.

Berlandaskan objektif ini, KYS giat menjalankan program-program pendidikan yang berbentuk latihan kemahiran teknikal vokasional professional dan pengajian akademik selaras dengan keperluan sumber manusia yang lebih berpengetahuan dan berkemahiran untuk meneraju Sabah ke arah menjadi sebahagian daripada negeri industri dan maju seperti yang dicerminkan dalam aspirasi Wawasan 2020.

 

 
 
       

 

Best Viewed with 1024 x 768 window resolution Internet Explorer
All Copyright Reserved (KYS) © 2009 City Campus, Sembulan,
Jln Ibu Pejabat JKR, Off Jln Mat Salleh,
88100 Kota Kinabalu, Sabah.
Telephone: 088-239498/012-8678175, Fax : 088-239548 Enquiry: ict@kys.edu.my Web Admin: webmaster@kys.edu.my

position